kEbAiKaN TeH HiJaU (Green Tea)

Assalamualaikum....okies kawan2...dalam entry aku kejap tadi ade cot cet pasal Green Tea kan...so memandangkan mase aku banyak maka aku g la google pasal mende nie...ala technology skng kat ujung jari jer kan...ape lagi...mule la men-searching-kan diri ku ini...hehe...jom tengok ape kebaikan n keburukan Green Tea nie...check it out...


 nie le rupe Green Tea tersebut... sebenarnye semua jenis teh berasal dari jenis pokok yg same iaitu Camellia Sinensis... Kaedah pemprosesan yg jer membezakan jenis sesuatu teh nie...mengikut pemahaman aku teh hijau nie sebenarnye daun teh yang baru dipetik dan diwapkan untuk satu tempoh yg pendek...proses nie sebenarnye utk menghalang daun bertukar kaler atau pun mengalami penapaian.... lepas pengwapan daun ini dikeringkan... so kandungan polyphenols dalam teh hijau nie tak le terjejas compare to teh yang lain...

sumber dari google


menurut sumber yg boleh dipercayai, Teh Hijau sangat memberi manfaat pade kesihatan...antara nye ialah:

  1. Membantu mengawal tekanan darah tinggi
    • Green tea / teh hijau boleh membantu kesihatan dengan mengurangkan tekanan darah dengan merencat tindakan Angiotensin II.
  2. Membantu mengawal paras gula darah
    • Polyphenols dan Polysaccharides dapat memberi kesan manafaat kepada paras gula dalam darah.
  3. Membantu dalam sesetengah penyakit barah
    • Kandungan Catechins Green Tea dilihat memberi kesan perawatan kepada sesetengah barah.
  4. Menguatkan sistem imun
    • Kepekatan Polyphenols dan Flavenoids teh hijau yang tinggi boleh membantu kesihatan sistem imun tubuh.
  5. Menurunkan aras kolesterol
    • Paras antioksidan Green Tea yang tinggi boleh membantu mengurangkan paras kolesterol.
  6. Menggalakkan pembakaran lemah
    • Kehilangan lemak yang dilihat kepada peminum Green Tea lebih khusus kepada lemak di viscera (lemak di dalam kaviti abdomen, usus dan organ dalaman yang lebih dikaitkan dengan peningkatan risiko sindrom metabolik dan diabetes jenis 2).
      Tiga komponen utama perawatan yang penting adalah Catechins, Caffeine dan Theanine dengan cara merencat jus gastrik dan pankreas untuk penghadamam.

so lepas nie aku xpayah le risau sgt bile ketagih Green Tea nie...bnyk manfaat rupenye...jangan da deliver nanti terus xle nak minum sudah la..hehehe...okies korang...ade mase t aku membebel lagi k...daaaa...salam...



note: aku x jumpe keburukan Green Tea nie...if korang jumpe roger aku kies...

1 comment:

MiSsJue said...

saya pun tgh addicted n tgh cari keburukan green tea..pun x jumpa gak..tehee ;)